sekaya apapun tak sebanding dengan keutamaan sholat sunnah fajar

sedikit rombakan dari judul awal mengenai "2 menit menaklukkan dunia" Orang yang paling kaya pada waktu ini adalah Bill Gates dengan kekayaan bersih yang direkodkan sebanyak USD 79.2 billion.
Apa yang boleh dilakukan jika anda mempunyai uang sebanyak itu?

Tahukah anda, jika anda membelanjakan $1 billion selama setahun bermakna anda sedang membelanjakan sebanyak $2,739,726 juta sehari atau $114,155 ribu sejam atau membelanjakan sebanyak $1902 seminit? Itu pun jika anda berjaga tidak tidur selama setahun untuk membelanjakan $1 billion tersebut.

Itu baru $1 billion. Bagaimana jika anda mempunyai $79.2 billion? Cuba tukarkan kepada Ringgit Malaysia.


Menurut Global Wealth Report, pada tahun 2013 jika dikumpulkan kekayaan semua orang di seluruh dunia, jumlah kekayaan yang dihimpunkan adalah sebanyak $241 trillion atau boleh juga ditulis sebanyak $241,000,000,000,000 trillion. Sekali lagi, cuba tukarkan kepada Ringgit Malaysia.
Jika dilihat dari sudut kuasa pula, orang yang paling berkuasa adalah Presiden Rusia, Vladimir Putin dan kedua berkuasa adalah Barack Hussein Obama, Presiden Amerika Syarikat menurut majalah terkemuka dunia, Forbes.

Apabila membicarakan hal ini mungkin ramai yang terlupa bahawa yang sebenarnya, Nabi Sulaiman alaihis salam adalah manusia yang paling kaya dan manusia yang paling berkuasa di dunia dan rekod itu kekal dan tidak akan berubah sepanjang zaman. 'Unbeatable!'.

baca juga: wajib baca trik dakwah agama syiah

Buktinya boleh rujuk di dalam Al-Quran apabila Nabi Sulaiman alaihis salam pernah berdoa dan memohon agar diberikan kerajaan yang tidak pernah dimiliki sebelum atau selepas baginda.
Jika anda merasa Bill Gates sudah begitu kaya, Vladimir Putin dan Barack Obama dengan kuasa ketenteraan dan kuasa ekonominya sudah begitu berkuasa, bayangkan kerajaan Nabi Sulaiman yang jauh lebih kaya dan jauh lebih berkuasa daripada itu. Hal ini Allah yang 'endorsed'!

Namun rahmat Allah kepada hamba-nya jauh lebih luas dan lebih murah daripada itu semua. Hanya 2 rakaat sebelum Subuh, Allah menjanjikan yang ianya lebih baik dari kekayaan Bill Gates, lebih baik dari kekuasaan Vladimir Putin mahupun Barack Obama, lebih baik dari $241,000,000,000,000 trillion, lebih baik dari kekayaan dan kerajaan Nabi Sulaiman, malah lebih baik dari dunia dan seisinya. MasyaAllah..!

sekaya apapun tak sebanding dengan keutamaan sholat sunnah fajar
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Ya rabbku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi." [QS. Shad: 38]
Dari Aisyah Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda;
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
"2 rakaat sebelum Subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya." [HR. Muslim 725]

Berapa minit untuk 2 rakaat itu? 2 minit?

sumber tulisan fathulbari
_____________________________
dapatkan pesan dakwah harian di inbox whatsapp anda

Cara daftar
Ketik nama#usia#asal daerah kemudian kirim ke no whatsapp kami ini 0852 6177 8185

Simpan no whatsapp kami dgn nama "1hari 1ilmu"

Jadilah anda petunjuk jalan dan dapatkan setiap kebaikan dari orang yg anda ajak
yuk, subcribe juga channel youtube jalan hidayah

Portal share artikel ustadz dan ulama sunnah
bantu kami share info ini

cari artikel ?. ketik dibawah ini